Type something and hit enter

Pages

By On
Tutorial e-PCB Bagi Pengguna Pertama
Sistem e-Data PCB (Potongan Cukai Bulanan) merupakan suatu sistem yang disediakan khusus untuk kegunaan pihak majikan menyemak format dan memuat naik fail teks data PCB secara atas talian (online).

Lembaga Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri

Penggunaan sistem ini dapat membantu majikan menghantar data PCB yang menepati spesifikasi yang ditetapkan.

FUNGSI APLIKASI e-Data PCB
1. Menyemak dan memastikan fail teks CP39 yang disediakan oleh majikan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh LHDNM.
2. Menghantar fail teks CP39 secara atas talian kepada pihak LHDNM.

AKSES APLIKASI e-Data PCB
1. Aplikasi e-Data PCB boleh dilayari di alamat http://eapps.hasil.gov.my menggunakan pelayar internet seperti Microsoft Internet Explorer atau Mozilla FireFox.
2. Sekiranya berjaya dihubungkan, skrin komputer pengguna akan memaparkan Skrin masuk sistem aplikasi e-Data PCB seperti yang tertera dibawah.

TUTORIAL e-PCB BAGI PEMULA
Tutorial e-PCB bagi pengguna kali pertama dan sedia ada. Ternyata lebih mudah, cepat dan tepat. https://youtu.be/vSYiRjqCEi8. Tutorial e-PCB bagi pengguna pertama dan sedia ada. Ternyata lebih mudah, tepat dan cepat.

Untuk info lebih lanjut, klik https://ekls.hasil.gov.my/

Click to comment