TaraHap - Katak Suriname atau nama saintifiknya "Pipa pipa" adalah sejenis haiwan amphibi dari keluarga Pipidae.
Katak Suriname adalah katak yang hidup di sungai-sungai Amerika Selatan, seperti Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, Guyana, Peru, Trinidad, Tobago, Venezuela dan terutamanya di Suriname.
Dalam bahasa Inggeris, Katak Suriname dipanggil Common Suriname Toad atau Star-fingered Toad (katak berjari bintang).
Dalam bahasa Sepanyol, Katak Suriname dipanggil aparo, rana comun de celdillas, rana tablacha, sapo chinelo, sapo chola, atau sapo de celdas.
Dalam bahasa Portugis, ia dikenali sebagai sapo pipa kerana bentuknya, serupa dengan "pipa". Pipa disini bermakna layang-layang dan bukan pipa sebenarnya.
Bentuk haiwan ini unik, sekilas bentuk Katak Suriname kelihatan seperti daun. Ini kerana bentuk badannya rata dan dibalut warna coklat gelap, seperti daun mati. Bentuk badan semacam itu membantu Katak Suriname dalam penyamaran untuk berburu mangsanya di alam liar.
Selain itu, bentuk badan yang seperti dedaunan ini juga memudahkan Katak Suriname untuk melindungi diri daripada musuh semulajadi, seperti burung, ular dan pemangsa lain.
Katak Suriname juga mempunyai keunikan yang lain, iaitu, mereka tidak mempunyai lidah, jadi katak Suriname mencari makanan dengan menggunakan kaki depan sensitif mereka. Hujung kaki Katak Suriname berbentuk seperti bintang, kaki bintang ini juga berfungsi untuk memasukkan makanan kepada mulutnya.
Ketika Katak Suriname merasakan gerakan dengan jari-jarinya yang berujung bintang, ia menerjang maju dan memakan mangsanya dalam satu tegukan. Katak Suriname tidak memiliki gigi atau lidah, sehingga mulutnya yang besar membantu menelan makanan itu bulat-bulat.
Tidak seperti katak lain, Katak Suriname jantan tidak membuat bunyi besar atau bunyi lain yang sering dikaitkan dengan haiwan akuatik ini. Untuk menarik katak betina, mereka menggunakan bunyi klik tajam dengan menerkam tulang hyoid di kerongkongnya.
Apabila sepasang katak Suriname akan kahwin, katak jantan akan bertengger di tubuh katak betina. Pada masa itu mereka akan melompat di dalam air. Setiap lompatan, katak betina akan mengeluarkan 3 hingga 10 telur yang segera disenyawakan oleh katak jantan.
Telur yang disenyawakan, dengan bantuan pergerakan katak jantan, diletakkan di belakang badan katak betina. Pengumpulan telur kemudian perlahan-lahan memasuki "beg khas" yang disediakan oleh ibu katak supaya anak-anak mereka dapat tumbuh dengan selamat.
Telur yang telah disimpan di bawah kulit katak betina ini akan menetas dengan selamat dan jauh dari gangguan pemangsa. Jumlah telur yang boleh terkandung dalam bahagian belakang katak betina adalah kira-kira 100 telur.
Telur akan menetas pada usia 12 hingga 20 minggu. Larva katak akan berkembang pada kulit ibunya sehingga berukuran kurang dari 2 cm. Anak Katak Suriname akan terus kekal di dalam tubuh ibu mereka sehingga mereka menjadi sedikit dewasa.
Selepas keluar dari belakang badan ibunya, anak katak akan memulakan kehidupan bebas dan pergi ke permukaan air untuk bernafas dan memulai hidup sendiri. Katak-katak kecil ini mulai mencari makanan mereka, dan tidak peduli jika makanan itu adalah saudara kandung mereka sendiri.
Setelah anak-anak dipisahkan dari kulit ibunya, katak betina perlahan-lahan akan menghilangkan lapisan kulit tadi dan memulakan lagi kitar perkahwinannya.
Walaupun kelihatannya menjijikkan, keunikan proses pembiakan Katak Suriname sebenarnya adalah contoh kecil bagaimana Sempurnanya Penciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala...
Sumber Rujukan
https://id.m.wikipedia.org/wiki/Kodok_Suriname
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Common_Surinam_toad
http://mallojunior.blogspot.com/2014/08/mengenal-katak-suriname.html
http://sharingtipstrik.blogspot.com/2014/05/ke-unikan-katak-suriname.html
https://animals.sandiegozoo.org/animals/surinam-toad
Gambar Katak Suriname |
Katak Suriname adalah katak yang hidup di sungai-sungai Amerika Selatan, seperti Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, Guyana, Peru, Trinidad, Tobago, Venezuela dan terutamanya di Suriname.
Dalam bahasa Inggeris, Katak Suriname dipanggil Common Suriname Toad atau Star-fingered Toad (katak berjari bintang).
Dalam bahasa Sepanyol, Katak Suriname dipanggil aparo, rana comun de celdillas, rana tablacha, sapo chinelo, sapo chola, atau sapo de celdas.
Dalam bahasa Portugis, ia dikenali sebagai sapo pipa kerana bentuknya, serupa dengan "pipa". Pipa disini bermakna layang-layang dan bukan pipa sebenarnya.
Habitat Katak Suriname
Habitat semulajadi Katak Suriname hampir sama dengan habitat katak pada umumnya, iaitu dataran rendah hutan subtropika atau tropika, rawa subtropika atau tropika, rawa-rawa dan rawa-rawa air tawar. Kini, Katak Suriname terancam kehilangan habitatnya akibat ulah manusia.Morfologi Katak Suriname
Tubuh Katak Suriname ini rata dan pipih, Kakinya lebar lebar dengan hujung kaki depannya seperti bintang dengan saiz yang kecil. Panjangnya boleh mencapai 20 cm walaupun biasanya Katak Suriname mempunyai ukuran 10 hingga 13 cm. Katak Suriname memiliki mata yang kecil, tanpa gigi dan lidah.Katak Suriname Serupa Dengan Daun |
Bentuk haiwan ini unik, sekilas bentuk Katak Suriname kelihatan seperti daun. Ini kerana bentuk badannya rata dan dibalut warna coklat gelap, seperti daun mati. Bentuk badan semacam itu membantu Katak Suriname dalam penyamaran untuk berburu mangsanya di alam liar.
Selain itu, bentuk badan yang seperti dedaunan ini juga memudahkan Katak Suriname untuk melindungi diri daripada musuh semulajadi, seperti burung, ular dan pemangsa lain.
Katak Suriname juga mempunyai keunikan yang lain, iaitu, mereka tidak mempunyai lidah, jadi katak Suriname mencari makanan dengan menggunakan kaki depan sensitif mereka. Hujung kaki Katak Suriname berbentuk seperti bintang, kaki bintang ini juga berfungsi untuk memasukkan makanan kepada mulutnya.
Makanan Katak Suriname
Katak Suriname merupakan haiwan pemangsa penyergap, mereka berbaring dengan sabar menunggu mangsa yang tidak curiga lewat. Katak Suriname makan kebanyakan krustasea, ikan kecil, cacing, dan invertebrata lainnya.Ketika Katak Suriname merasakan gerakan dengan jari-jarinya yang berujung bintang, ia menerjang maju dan memakan mangsanya dalam satu tegukan. Katak Suriname tidak memiliki gigi atau lidah, sehingga mulutnya yang besar membantu menelan makanan itu bulat-bulat.
Pembiakan Unik Katak Suriname
Di samping bentuk yang unik, katak Suriname juga mempunyai kaedah pembiakan yang agak berbeza daripada jenis katak pada umumnya.Tidak seperti katak lain, Katak Suriname jantan tidak membuat bunyi besar atau bunyi lain yang sering dikaitkan dengan haiwan akuatik ini. Untuk menarik katak betina, mereka menggunakan bunyi klik tajam dengan menerkam tulang hyoid di kerongkongnya.
Telur Katak Suriname |